Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, October 31, 2009

Hujan, Sua Rasa dan Myvi

Lega rasa... Kemarin merupakan hari yang sejuk. Dalam pukul 2 petang hujan lebat berserta dengan angin. Takla panas membahang. Dah lama kawasan aku tak menerima kehadiran hujan macam ni. Asyik panas memanjang je. Bila sekali hujan macam ni, rasa lega sangat. Alhamdulillah....

Pagi kemarin sempat menonton tv9. Kali ni tv9 buat sua rasa kat Stadium Darul Aman. Aku macam biasala hanya menganggap program macam tu sekadar hiburan. Tak penah terlintas nak terlibat sama walaupun aku ni jenis sukakan hiburan. Tapi kemarin aku diajak untuk ke sana. Aku diajak oleh husband and mother( mother in law). Jadi semalam aku and family ke sana selepas solat Isya'. Sesampai ja di Jalan Stadium, kereta pengunjung bersusun tepi jalan. Masing-masing parking kereta sesuka dan sesedap rasa. Memang ramai sungguh. Kami nak parking kereta pun kena pusing sampai 3 kali baru jumpa parking yang berhampiran dengan lokasi. Tak sangka Sua Rasa mendapat sambutan yang hangat oleh orang Kedah berbanding Jom Heboh. Aku pun tak pasti kenapa orang Kedah tak sambut Jom Heboh seperti mana Sua Rasa. Hmm...pelik. Sebab tu la Jom Heboh tak diadakan lagi di Kedah. Sebaik melangkahkan kaki di lokasi Sua Rasa, terdapat banyak gerai. Tapi, kebanyakan gerai dah tutup. Gerai yang ada cuma gerai Mada, Permata Hijrah, baju dan tudung, makan dan minum, Perodua, Keropok Lekor. Gerai yang lain kebanyakan dah tutup. Semasa dilokasi, sempat jugak aku beli keropok lekor, pes laksa johor, cip ubi kayu. Tak banyak pun yang dapat aku beli kerana gerai banyak yang dah tutup...Tapi, yang paling aku hepi, aku sempat singgah di gerai Perodua. Oleh kerana aku berminat dengan kereta Myvi, jadi aku sempatla tengok dan dapat merasa naik kereta Myvi Special Edition. Kereta Myvi ni agak luas ruang dia. Tapi Myvi yang terbaru ni, tempat duduk driver agak tinggi berbanding Myvi yang biasa. Jadi tak berapa selesa la untuk aku yang berbadan comel-comel ni. Kalau Myvi yang biasa, tempat duduk driver agak selesa dan takla tinggi. Jadi kalau nak drive pun takla rasa kekok. Bila dah tengok Myvi baru ni, rasanya baik beli Myvi yang lama. Lagi selesa...

Apa-apapun program Sua Rasa ni lebih sesuai dihadiri pada waktu siang berbanding malam. Sebab malam dah tak ada apa yang boleh ditengok kerana kebanyakan gerai dah pun ditutup. Malam ni mungkin orang lebih ramai kerana adanya konsert dan artis-artis..



No comments:

Post a Comment