Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, December 26, 2011

Mummy 1 tahun 8 bulan...perjalanan masih jauh

Lama aku x update blog. x dan pulak nak mengadap komputer sejak anak makin membesar. baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang ibu. semua benda kita kena buat. Tapi xpa aku tak pernah rasa menyesal. memang fitrah seorang perempuan macam ni. bila dah kawin dan jadi ibu, byk sangat perkara yang perlu dikorbankan. Semoga aku sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab aku. InsyaALLAH....

hmmm.....setelah setahun 8 bulan menjadi mummy, aku telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak aku. Anak aku Muhammad Niyaz Fauzan telah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah...dh besar anak mummy. dan sekarang ni macam2 dicuba olehnya. dan macam2 perangai dia dh dapat. aku hepi dengan perkembangannya. Semoga lps ni dia akan jadi anak yang cerdik. InsyaALLAH.... Selama 1 tahun 8 bulan ni saat2 yang paling getir dan membimbangkan aku ialah saat Niyaz kena asthma atau penat atau lelah. 2 bulan lepas dia kena asthma. Teruk jugak. sampai every 4 hours aku dan hubby terpaksa bw dia ke klinik utk proses menyedut gas. Time dia kena serang dgn asthma, aku memang tak tido 24hours dek terpaksa memantau pernafasannya. Letih, memang letih. Nasib baik aku dan hubby x demam kerana tak tido. Alhamdulillah.....Sekarang ni kalau dia batuk x berenti, aku cepat2 bg dia makan ubat penat. kalau x lega jugak, barulah aku akan bagi gas kat dia. Nasib baik mama ngan dedi merangkap tok ngan wan Niyaz dh beli mesin Nebulizer utk digunakan. Alhamdulillah....ringan sikit beban. sekurang-kurangnya ada mesin nebulizer tu dh boleh membantu. Sekarang ni kalau nak pegi mana2 mesin nebulizer kena bawa sekali untuk hal2 emergency. Janji anak Mummy sihat....

Memandangkan Niyaz dh 1 tahun 8 bulan, aku kini dalam proses utk menceraikan susu badan. yelah....dah nak masuk 2 tahun jadi Niyaz kena diceraikan susu badan. Dalam pembacaan, menyusu anak sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun adalah tidak wajar dan tidak baik sbb susu yang diberi pada anak yang berusia 2 tahun ke atas bkn lagi membekalkan kebaikan kepada anak kita. Sebab susu tersebut dah kehilangan khasiatnya. Disebabkan hal itulah aku sedang berusaha untuk ceraikan susu badan kpd Niyaz. Sebagai langkah pertama, aku dh mula memperkenalkan dia kpd susu untuk membesar. dan susu yang aku pilih ialah susu Dutch Lady 123. dan bancuhan susu tersebut aku bancuh dalam cawan baby bkn lagi botol susu. Langkah kedua aku hanya menyusu ketika time dia nak tido atau time dia mintak. Kalau dia x mintak, aku x mudah utk menyusu. Selebihnya aku akan cuba bekalkan kepada Niyaz dengan makanan yang cukup khasitnya. Mudah-mudahan usaha ini akan mendorong Niyaz supaya berhenti menyusu badan.
Sesiapa yang ada lagi info cara menceraikan susu badan, tolonglah kongsi. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi itu dapat memberi banyak manfaat. InsyaALLAH....
 

Saturday, November 26, 2011

Didik Hati Agar Sentiasa Redha.....

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :

Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
 
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

artikel dari: I Luv Islam.....

Tuesday, October 4, 2011

Berahsia dalam Rumahtangga...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kes perceraian dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Hmm..apa ye sbbnya? Sebenarnya macam-macam punca dan faktor yang membwa kepada perceraian ni. Ada orang ketiga la, masalah kewangan la, campur tangan mertua la dan macam2 lagi. Tapi kita jarang persoalkan tentang rahsia dikalangan suami dan isteri. Faktor ni jarang diperdebatkan. Tapi, sebenarnya faktor ni la yang menyebabkan terjadinya masalah org ketiga, masalah kewangan dan lain-lain lg...


Berahsia  dalam rumahtangga antara suami dan isteri  tak sepatutnya berlaku. Sebab bila kita dah berkahwin, jadi kita sebenarnya sanggup berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita. Apa guna kita kawin jika ada perkara yang dirahsiakan. Mesti tak hepi dan mesti hilangnya nikmat berkahwin tu....Baik tak yah kawin kan...

Berahsia dalam rumahtangga ni kalau just for kidding atau saja nak happykan pasangan, it's ok..teruskan dengan surprise kita tu. Tapi bila kita berahsia dengan pasangan kita tentang perkara serius, mmg akan jadi serius la masalah tu. Contohnya kita bekerja di pejabat. dan tiba2 ada rakan sekerja kita suka kat kita dan kita x bagitau pasangan kita, itu sebenarnya dah menimbulkan bunga2 masalah dikalangan suami dan isteri. Jadi rakan sekerja kita tu, lagi mudah nak mendekatkan diri ngan kita. Lagi satu, bila kita ada masalah kewangan, sebaik-baiknya kongsilah dengan pasangan kita. Sekurang-kurangnya kita akan dapat pikir cara yang lain untuk stabilkan sumber kewangan kita. Jika kita pinjam duit dengan kawan, atau adik beradik atau mak dan ayah kita, sebaik-baiknya maklumkan kepada pasangan kita. Jangan ketepikan pasangan kita sbb masalah tersebut perlu dipikul bersama bukan dipikul sorang-sorang. Sekurang-kurangnya bila kita bgtau pasangan kita, kita boleh sama-sama bincang macam mana nak settlekan pinjaman yang pernah dibuat atau diminta. Sebab dunia ni kecik je. Pusing sana, pusing sini, last-last rahsia kita pasti akan terbongkar jugak.

Lagi satu dalam, rumahtangga perlu ada sifat kasih sayang, saling hormat-menghormati  barulah rumahtangga kita aman damai, sentosa dan bahagia..Semua sifat ini sebenarnya membawa kita kepada supaya tidak berahsia dengan pasangan kita. Barulah hidup kita akan tenang....InsyaAllah....

Saturday, October 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan


 
Lama sungguh blog ni x berupdate. X dan nak berblog. Banyak sebenarnya cerita yang tak di ceritakan. Yang terbaru perkembangan anak aku Niyaz Fauzan. Makin besar dah dan mulut pun x berenti bersembang walaupun setiap perkataan yang disebutnya kami pun x fhm. Ada  yang kami faham ialan ‘buat apa la?’. Kdg2, ‘ buat apa?’ Selalunya pertanyaan tersebut akan ditanya ketika aku tgh buat sesuatu. X kira la, masak ke, lipat kain ke, sapu sampah ke. Mesti dia akan tanya. Lagi satu dia selalu sebut ‘duit’. Perkataan ni disebut time Papa kira duit. Mesti dia akan sebut ‘duit’. Pandai kenal duit pada usia 1 tahun 5 bulan.....Rasanya kebanyakan budak2 macam ni....
Semalam time aku mengemas dapur, Niyaz bersama dengan Papanya. Dan Papanya sajala bersembang dgn dia. Dialog lebih kurang mcm ni la:

Papa: Panggil tok...
Niyaz: tok...
Papa: Wan...
Niyaz: wa...
Papa: Papa...
Niyaz: papaa...( pelan je bunyi )
Papa: Mummy...
Niyaz: mee...
Papa: Abg Nen...
Niyaz: ne...
Papa: Kak Zulfa...
Niyaz: pa...
Papa: Abg Zafran...
Niyaz: pen..
Papa: Abah...
Niyaz: bah....
Papa: mi...
Niyaz: mi...
Papa: Niyaz....
Niyaz: hehehe...( dia gelak )

Pendek kata, dia faham apa yang kita tanya. Cuma ada yang boleh dijawab dan ada yang tak boleh dijawab....Kita kena selalu sembang ngan anak kita, barulah anak kita akan dapat bercakap macam kita....InsyaALLAH.....




Saturday, May 14, 2011

Resipi Baru Untuk Niyaz


Lama aku x update blog ni. Hehehe..kekurangan waktu untuk berbloging. Banyak cerita yang tergendala. Tapi, biarlah. Ada yang aku dah terlupa dan ada yang masih kekal diingatan ini. Apa pun aku tetap akan terus bercerita jika mempunyai masa yang terluang. InsyaALLAH.....

 
Kali ni aku nak bercerita tentang pola pemakanan anak aku Niyaz. Niyaz dah pun setahun lebih dan dah makan pelbagai jenis makanan. Tapi, makanan ruji dia, aku perasan sejak kebelakangan ni, dia macam boring makan nasik atau moi yang disediakan. Tapi kalau bagi makan jenis keropok lekor or nuget or fries, memangla dia makan. Tapi aku sedar, pemakanan macam tu not good for him. Puas cuba bagi makan makanan ruji. Tapi, dia seakan-akan menolak makanan tersebut. Aku pun terfikir anak aku ni dah boring rasanya makan nasik atau moi. Hari-hari makan benda yang sama ja, mestilah dia pun boring. Mesti dia nak rasa makanan lain pulak. Aku buntu seketika. Tak tahu nak sediakan makanan apa khas untuk dia. Nasib baiklah dia masih menyusu badan. Sekurang-kurangnya zat yang diperlukan oleh badannya sentiasa dibekalkan untuk perkembangannya. Aku terfikir, anak aku ni kenis nak bertukar makanan hari-hari. Jadi aku kena kreatif menyediakan makanan untuknya. Dan kemarin.....aku dah mula mencari resipi khas untuk baby umur 6 bulan sampai 2 tahun. Alhamdulillah...aku jumpa. Nasib baik ada pakcik google. Banyak jugak resipi yang aku amik. Alhamdulillah.....bolehla aku try sediakan untuk dia.


  Semalam aku try buat resipi baru untuknya. Resipi tu ialah resipi, Kentang, Brokoli berkrim. Dalam resipi dia guna brokoli. Brokoli ni memang bagus. Tapi, kat rumah bekalan brokoli tak ada. Jadi aku gantikan dengan carrot la. Carrot pun ok jugak. Memang tiap2 hari sayur carrot ja yg aku bg kat anak aku. Sebab tu carrot banyak kat rumah. Tapi, kadang-kadang sayur bayam atau sawi ada jugak saya sediakan untuk anak saya. First time tengok resipi tu berharap anak aku akan memakannya. Dan aku try buat semalam. Alhamdulillah....Niyaz makan. Habis satu mangkuk. Hehehe....Kenyang la dia semalam. Cara nak sediakan resipi ni mudah je.

Bahan:

Kentang saiz kecik 1 biji

Baby karot 4 batang ( guna karot biasa pun ok jugak )

Keju 1 keping

Susu sama ada susu ibu atau bancuhan susu formula

 
Cara Membuatnya:

Rebus kentang dengan kulit yang dah dibasuh sampai bersih. Rebus sampai empuk

Rebus karot sampai masak

Kupas kulit kentang dan potong kecik2

Campur semua bahan dalam blend dan blend sampai halus.

Pastu siap and ready to eat...

 Sedap jugak resipi ni Kentang dan Karot berkrim... Niyaz suka makan. Kan kentang boleh ganti nasik. Jadi tak ada masalah la kalau anak kita Cuma makan kentang ja. Kita kena pastikan makanan yg kita buat tu, boleh menarik selera anak kita. InsyaALLAH masa makan anak kita bukan jadi satu masalah yang besar....


 Malam ni pula aku nak sediakan sphagetti untuk Niyaz. Hehehe...nanti aku akan kongsikan dlm blog lagi. InsyaALLAH...


 


Saturday, May 7, 2011

Warkah Buat Mama.....

Pilu hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

-----------------------------------------------------------

aku ini, anak yang biasa..
namun aku punya cerita, punya cinta, punya rasa..
tapi tiada pandai bermadah bicara..

sedih tika tak mampu luahkan
pedih tika tak mampu kuzahirkan
hanya ini mampu kucoretkan
lukisan hati yg aku lakarkan..

di lembaran tikar sejadah
aku titipkan doa
andai suatu hari kelak aku menjadi sepertimu
moga tangan dan hatiku
akan memiliki keindahannya tersendiri..
sungguh, dunia ini memiliki banyak keajaiban
segala ciptaan Tuhan yang begitu agung..
tetapi, tiada satu pun yang dapat menandingi keindahan tanganmu, Mama.....
Selamat Hari Ibu ♥

Tuesday, April 26, 2011

Fitrah Seorang Wanita

Hmm...membaca setiap artikel di salah satu blog kegemaran ku, http://ummuhusna99.blogspot.com  sedikit sebanyak merawat hati aku. Sungguh menarik penulisannya. Memang sesuai untuk para isteri dan wanita dalam mendidik diri dan hati menjadi seorang wanita yang kuat, tabah, dalam melayari kehidupan ini. Wanita memang tak dapat lari dari emosinya. Itu memang fitrahnya. Tapi, sejauh manakah kita mampu mengawal keseimbangan dan kestabilan emosi kita? Adakala, jika hati terguris, pasti kita akan menangis jua. Jika rasa nak marah, akan marah jua .Aku sendiri pun adakala tak dapat mengawal emosi. Masih dalam proses pembelajaran menjadi wanita dan isteri yang lebih matang. InsyaALLAH....akan aku bekalkan hati ku dengan ilmu-ilmu ini. Kredit to ummuhusna kerana dengan artikelnya banyak membantu aku. Aku akan terus belajar dan belajar. INsyaALLAH.............